Saturday 7 June 2014

Tak Tipu

Sungguh bukan niat aku nak menipu. Bukan juga niat aku nak orang tertipu dengan imejku. Bukan sekali malah berkali-kali dan juga kerap kali orang seperti menganggap aku seperti malaikat.

Aku bukan malaikat seperti yang mereka sangkakan. Aku hanya hamba yang hina. Ya, hina!

Aku tidak lari dari melakukan dosa. Sungguhpun aku tahu itu satu dosa tapi terkadang aku terlanjur mengulanginya lagi. Sungguh hina kelakuan ini.

Seringkali mereka menganggap aku punyai ilmu tinggi, kelakuan yang baik, serta maksum daripada melakukan dosa. Tidak sedarkah mereka aku hanya insan biasa. 

Imej yang aku bawa sekarang adalah kerana mahu mendidik jiwaku. Usahaku untuk kearah yang lebih baik. Aku tidak mahu lagi hanya berada di takuk lama. Dengan karat jahiliah.

Hidupku kosong. 
Jika berterusan aku masih berada di zon selesa ini, mungkin jiwaku akan mati.
Jadi salahkah aku menjauhkan diri dari karat jahiliah.
Mungkin dari mata nafsu seperti syurga dunia.
Cukup selesa.

Hanya mampu aku pohon dari kalian.
Doakan aku.
Doakan ibubapaku.
Doakan saudara2 seislamku.
Doa yang terbaik untuk kami.
Doa moga beroleh husnul khatimah.

Sungguh,
aku sayang kalian kerana Allah.
Ayuh berpimpinan tangan ke syurga.
Sama-sama mengejar redha Allah.
Sama-sama tinggalkan saki baki jahiliyah.
Jangan berterusan membuatkan aku rasa seperti menipu kalian.

~moga Allah redha



No comments: