Wednesday 11 June 2014

Ponteng

Ponteng.



Perkara yang memang dah sebati dengan hidup aku.
Tapi matlamat aku, walaupun ponteng tapi sekurang-kurangnya ada sesuatu hasil yang aku dapat.
Bukan sia-sia.

Ponteng yang aku maksudkan bukan dalam kategori lari dari tugas sepatutnya untuk berjimba-jimba, tetapi menghilangkan diri seketika untuk mencuri peluang.

Ponteng jenis ini seringkali aku praktikkan semasa klinikal.
Tercampak dalam suatu kumpulan yang besar semasa berpraktikum mendesak aku untuk melakukan aktiviti ‘ponteng’ secara individu ini.
Niatku hanyalah untuk mencari peluang yang lebih baik dan memanfatkan waktu semasa klinikal.

Ingat dulu semasa klinikal di hospital bahagia di mana kami seramai 12 orang dalam satu kumpulan ditempatkan di dalam satu wad. Sebagai kaum jantina minoriti dalam kelas, keadaan tu membuatkan aku sedikit rimas.
Memberikan sedikit tekanan.
Bagaimana proses pembelajaran boleh berlansung dengan sempurna dalam keadaan yang kurang selesa.
Pasti sukar untuk ‘clinical instructor’ memberi perhatian dan menyampaikan input penting secara berkesan kepada semua.
Lalu aku bertindak nekad untuk ‘ponteng’.

Hari pertama aku sudah merancang strategi dengan melakukan tinjauan ke seluruh kawasan.
Yess. Port sudah dikenalpasti.

Hari kedua aku mula bergerak ke ‘port’ atau wad sebelah.
Gementar.
Bagaimana penerimaan mereka terhadap kedatanganku.

Niat aku hanya untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh.
Hati kering.
Malu, takut, gementar aku tolak tepi.
Muka tanpa perasaan.

Mujurlah kedatangan aku disambut baik.
Alhamdulillah.

Sepanjang sesi klinikal aku di sana, hanya waktu pagi sahaja aku tunjuk muka pada penyelia yang mengendalikan kami. Waktu selebihnya aku curi-curi ke ‘port’ biasa.
Aktiviti ni aku lakukan seorang diri.
Lebih mudah.
Penyelia di ‘port’ tu memang sporting.
Fokus dia hanya mengajar aku seorang.
Segala ilmu dan skill yang ada diperturunkan kepadaku.

Hasilnya,
Sebelum ini aku hanya seorang pelajar biasa yang baru memulakan sesi klinikal.
Tiada ilmu.
Tiada skill.
Tiada keyakinan diri.

Kini,
Lebih berani,
Berhati kering,
Berkeyakinan.

Tamat klinikal di tempat tersebut. Aku masih dengan aktiviti ‘ponteng’ secara solo.
Walau di mana sahaja aku dicampak untuk sesi klinikal.

Matlamat aku Cuma,
Hati mesti kering,
Berani terima risiko,
Pastikan tiada kerugian sedikit pun,
Malah lebih dari orang lain.

Ponteng.
Bukan untuk keseronokan.
Tapi untuk mencuri peluang.


~Moga Allah redha.

No comments: