Saturday 14 June 2014

Kata emak




Mak pernah kata,

“Charity begins at home”

Dalam hati aku kata,

“Wah, mak speaking London”.

Aku memang suka mengusik mak.
Panggil mak ustazah kalau mak mula bagi tazkirah.
Mak selalu ingatkan aku yang seringkali lalai.

Bila mak timbulkan isu “charity begins at home”,
Aku mula terfikir,
Bagaimana yang di definisikan dengan frasa itu?

Bermula ceritanya malam tadi.
Seusainya aku berwuduk untuk tidur, kelihatan mak muntah-muntah.
Dalam fikiran, aku sempat terbayang dapat adik lagi.

Eh, mengarut.
 Mana mungkin usia mak dapat mengandung lagi.

Terus aku mendekati mak & cuba memberikan pertolongan setakat yang termampu.
Diagnosis aku, mungkin mak mengalami ‘food allergic’.
Keadaan mak begitu lemah. Dehydrated.
Tenaga pun tiada.

Segera aku kejutkan abah yang sedang tidur.
Abah bingkas bangun dan terus menerpa emak.
Terharu aku melihat layanan abah pada mak.
Sangat caring.

Lalu abah ke dapur mencari air kelapa dan limau untuk merawat mak.
Malam tu aku berjaga untuk menjaga mak.

Lantas aku teringat kata-kata yang diungkapkan mak tidak lama dulu.

“Charity begins at home”.

Sebelum ini pernah aku menemani rakanku yang sakit di hospital.
Sambil aku terbayang dan memasang impian untuk berbuat perkara yang sama kepada kedua ibubapaku.
Alhamdulillah,Allah telah mengurniakan kesihatan yang baik untuk mereka.
Tapi malam tadi aku berpeluang merealisasikan impianku itu.
Berjaga malam demi merawat emak yang sakit.

Dan sekarang,
Barulah aku memahami definisi sebenar yang emak cuba sampaikan.
“Charity begins at home”.

Terima kasih emak kerana berusaha untuk mendewasakan pemikiranku.

Ya Allah Tuhan sekalian alam,

‘Haramkanlah wajah kedua ibubapaku dari disambar api neraka, kurniakanlah mereka syurga tanpa hisab”. Aminn.


~Moga Allah redha.

No comments: