Wednesday 4 March 2015

Pelacur Kelas Pertama

(hasil penulisan Melati Rahim)


TAJUK : PELACUR KELAS PERTAMA
PENULIS: MELATI RAHIM
M/SURAT: 206 M/S
Terbitan: Merpati Jingga (INDIEKE)

‘Never Judge The Book By Its Cover’

    Pendapat peribadi aku , perkaitan pepatah di atas dengan buku ni ada dua. Yang pertama bberkenaan tajuk dan ’cover’’ buku tu sendiri dan yg kedua watak dalam kisah ni. Secara ringkasnya naskah tulisan Melati ini hasil gabungan 3 cerita tentang 3 perempuan yang tersepit dengan kemahuan keluarga, kehidupan bersuamikan malaikat bertopeng syaitan dan pemerdagangan orang. Dan kisah ni juga lebih menfokuskan watak Shuhada selepas bberkahwin dengan ustazz lulusan universiti di Mesir.

   Melalui karya ni juga aku tertarik dengan kisah wanita dari Kygyrstan, sebuah negara yang punya budaya pelik menculik pengantin.Di sana,kalaupihak lelakisudah berkenan dengan perempuan,maka pihak lelaki tadi hanya perlu menculik bbakal isteri secara paksa dan dinikahkanwalaupun tanpa kerelaan pihak perempuan. Aku kira sebbagai penghinaan dan diskriminasi yang jelas berlaku terhadap kaum wanita. (bayangkan zaman jahiliah dulu)

  Sejujurnya, aku agak terkejut bila baca karya ni. Bagaimana kisah penindasan keatas wanita diolah dengan unsur feminis dan islamik juga. Aku juga tertanya-tanya bagaimana si penulis ni boleh olah cerita sebbegini rupa dengan memberi gambaran secara terperinci dan realiti dalam setiap babak yang dimainkan terutamanya tentang penderaan seksualseorang ustaz kepada isterinya. Yang menariknya juga cara penulisan penulis yang berani bereksperimen dengan gabungan islamik + porno hingga terhasil karya jujur dan tak meleret-leret. Orang kata eksplisit.

    Buku pertama yang ditulis Melati ni sudah di’’ban’ dan tak dapat dikenalpasti puncanya. Mungkin sahaja kerana pendedahan berani kisah benar yang berlaku secara realiti oleh Melati melalui penulisannya.Di mana selama ini masing-masing memegang prinsip ’tidak mahu menjaga tepi kain orang’, lalu mereka terlepas realiti sesebuah rumahtangga yang diibbaratkan seperti neraka bagi sesetengah individu. Gambaran masyarakat kini yang lebih rela berada dalam situasi ’denial’ dan terus-terusan disogok dengan kisah indah alam bberumahtangga tanpa menyedari tidak semua yang berjaya mengecapi kebbahagiaan itu.

“Aku mencari tuhan pada setiap penjuru ruang dan alam, namun aku gagal. Apakah tuhan sudah pekak dan bisu sehingga tidak lagi mahu mendengar rintihanku? Atau sebenarnya tuhan sudah mati? ”

    Sebagaimana Melati menangis masa proses menyiapkan buku ni, aku tak dapat elak untuk mengalami situasi yang serupa. Ini kisah benar yang diceritakan kepada penulis semasa penulis terlibbat sebbagai salah seorang sukarelawan dengan bbadan NGO yang memperjuangkan hak wanita. Buku ini juga ada mengupas mengenai isu-isu ’Domestic Violence Acts’. Pada aku, kisah ini bbukan sekadar cerita tikar dan bantal tetapi sebuah penulisan yang mencelikkan mata yang buta membuka jalan realiti.


*4 ½ bintang 


(Sebenarnya ada beberapa watak sampingan yang xkurang hebbatnya peranan dalam cerita ni, tp aku malas nk ulas takut makin meleret). Lepas baca ni korang pasti sedar seseorang yang tidak menyempurnakan tanggungjawab dalam memelihara hak wanita bererti mereka tidak sempurna imannya walaupun sudah banyak amalan kebajikanyang dilakukan. Wallahualam.