Friday 7 June 2013

sahabat belantara (KOA Tonggang)

(19-21 april 2013)

Alhamdulillah. Sekali lagi aku berpeluang untuk join aktiviti komuniti kali ini di Perkampungan Orang Asli Tonggang masih dalam kawasan Tanjong Rambutan. Kali ini aku xbersama ‘geng-geng musafir’ seperti kebiasaan coz diorang masing-masing ada aktiviti yang tidak dapat dielakkan. Buat pertama kalinya aku bermusafir bersama ‘classmate’. Kami seramai 4 orang untuk muatkan kouta kereta. Inilah masanya untuk aku lebih mengenali ‘classmate’ dengan lebih mendalam. Selama ni kitorang just sekadar bertegur sapa tidaklah terlalu akrab.
     Plan asalnya kami akan bertolak ke kampung tersebut selepas maghrib memandangkan lokasinya tidak terlalu jauh dari kolej kediaman. Program ni sebenarnya adalah program kelab COMRADE UIA, kami sekadar menumpang sahaja sebagai sukarelawan di samping menimba pengalaman di tempat orang. Pelajar-pelajar dari UIA akan sampai sepenuhnya pada pukul 9 malam. Ustaz yang menjemput kami untuk menyertai program ni kalau xsilap aku bekerja dengan jabatan hal ehwal orang asli kot aku xsure  yang bertanggungjawab menjaga kampung ni termasuk beberapa kampung  lain dalam daerah Ulu Kinta. Aku kenal ustaz ni pun semasa join program dekat perkampungan orang asli Post Slim. Ustaz ni memang sempoi.
     Plan asal yang nak bertolak lepas maghrib tadi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab teknikal. Kami bertolak lebih awal dalam pukul 6petang. Sekali lagi plan diubah. Bukan ustaz yang menjemput kami tapi seorang doktor yang menjadi sukarelawan dalam aktiviti komuniti seperti ini. Kami diberitahu bahawa 4 orang pelajar UIA telah pun sampai untuk survey2 kawasan. Kampung tu memang dekat dengan kolej kediaman kami tetapi untuk masuk ke kampung tersebut dari jalan utama memakan masa lebih kurang 30 minit dengan menaiki pacuan 4roda.


     Sampainya kami kat kampung tu disambut 4 orang pelajar UIA. Serius, aku xtaw nak buat apa. Sorang habuk pun aku xkenal kat kampung ni dan tambahan lagi kami semua berlainan jantina. Cuak la jugak. Walaupun ni bukan kali pertama aku masuk perkampungan orang asli tapi ini adalah program di perkampungan orang asli yang pertama aku akan bermalam. ‘classmate’ aku yang lagi 3 orang ni lagi lah xpernah masuk kampung orang asli. Rasa bersalah pulak kat diorang ni coz aku yang ajak diorang datang sini. Risau kalau diorang rasa xselesa.
     Alhamdulillah, doktor tadi mengurangkan kerisauan dengan membawa kami pusing-pusing kampung. Rasa lega bila tengok ‘classmate’ aku yang tiga orang ni nampak gembira dan boleh adapt dengan suasana kat sini. Terima kasih doktor!! J doktor juga memperkenalkan kami dengan pelajar UIA tadi merangkap Program Manager. ‘First time’ masuk balai sewang. Kalau kat kampung orang asli sebelum ni aku sempat usha2 dari jauh je, ni dapat masuk dalam. Sejukk. Lantai buluh kot. Memang excited la.
     Letih ronda satu kampung kami pun ‘check in’ kat tadika. Bersedia untuk solat maghrib sambil tunggu saki baki pelajar UIA yang xsampai lagi. Mana ustaz ni batang hidung pun xnampak. Tapi salute la kat ustaz, dia jaga kami macam anak dia sendiri. Call tanya keadaan kami macam mana. Lepas maghrib kami singgah surau tengok macam meriah je ada penduduk sembang-sembang. Kami pun join sekaki. Perut lapar dari pagi lagi xmakan nasi. Heaven dapat makan biskut cicah teh susu. Sempat berkenalan dengan Hajah yang bertugas dalam bidang kesihatan. Lepas isyak baru nampak ustaz.
     Masa ustaz nak turun untuk ambil pelajar UIA  kat jalan utama tu sempat juga kami order makanan. Lapar. Bas xboleh masuk atas faktor jalan yang xsesuai. Semua pelajar diangkut menggunakan pacuan 4 roda secara bergilir-gilir. Sementara tunggu pelaja UIA sampai kami beramah mesra dengan penduduk kampung kat dewan komuniti.
     Sampainya pelajar UIA kami pun dibahagi-bahagikan kepada keluarga angkat masing-masing. Nama aku tercicir xada famili angkat. L  Tapi akhirnya dapat jugak. Satu famili sepatutnya ada dua orang anak angkat yang sama jantina memandangkan nama aku dan seorang lagi pelajar UIA tercicir kami mendapat keluarga angkat yang dah ada anak angkat. So keluarga kami yang paling ramai. 2 syabab dari terengganu & taiping  dan 2 gadisdari johor & kelantan iaitu DSLR, vanilla, tcer & aku la (bukan nama sebenar). Berkumpul bersama ibu bapa angkat dan berkenal-kenalan. Lepas tu balik tidur.
     Program keesokan hari bermula dengan qiamullail kat dewan komuniti. Alhamdulillah walaupun lewat aku masih sempat join. Better late than never. Solat subuh beserta bacaan mathurat dan tazkirah ringkas. Ada juga pembahagian surah untuk khatam Quran. Aktiviti pagi bermula dengan permainan ‘magic window’. Lepas sarapan dalam talam. Xingat nak cerita yang semalam aku jumpa balik dengan ‘dormmate’ zaman-zaman sekolah menengah dulu. Sarapan pagi tu kami makan setalam sambil bertanya khabar.
     Lepas sarapan bermula pembahagian ration kepada penduduk. Aktiviti ni kena bergerak bersama ‘couple’ masing-masing. Setiap ‘couple’ perlu hantar ration ke 3 buah rumah penduduk bukan kepada keluarga angkat. Masa hantar ration tu sempat lagi kami melantak kat rumah penduduk. Selesai hantar ration terus bergerak ke rumah keluarga angkat. Sampai kat rumah tu amek (ibu) tengah masak dan apak (ayah) keluar. Adik-adik (anak famili angkat) ada yang ikut aktiviti untuk kanak-kanak dan ada yang kat rumah. DSLR jumpa bantal terus syahid xingat dunia (letih pjlnan smlm jauh), tcer pn dah rehat-rehat dalam bilik. Vanilla xada coz dia kena handle module untuk kanak-kanak . Aku melayan anak bongsu amek & apak.
     Famili angkat aku ni bela kucing comel tapi aku ni alergik dengan kucing. Teringin juga nak belai kucing comel tu tapi xberani derr.. Mkn tengahari yang amek masak lepas tu solat berjemaah. Lepak lagi kat rumah amek. Makan tengahari untuk kali kedua teman Vanilla yang bizi dengan aktiviti module. Seterusnya slot berbentuk kerohaniaan. Aku jadi fasi bidan terjun untuk terangkan topik ‘bersuci’ kat penduduk. Nervous dah la xprepare apa-apa. Dalam bulatan seramai lebih kurang 7 orang tu aku cuba fahamkan mereka pasal topik bersuci ni dan bagi peluang kepada mereka untuk tanya apa-apa kemusykilan pasal agama Islam. Selesai penerangan ada kuiz secara terbuka. Alhamdulillah, group aku majoriti dapat hadiah coz dapat jawab soalan berkaitan bersuci tadi. Kira menjadi jugak penerangan aku tu.hehe..
     Lepas tu aktiviti sukan untuk penduduk. Aku lari jap g rehat-rehat sambil segarkan badan. Sempat lagi belajar menyumpit. Malam tu maghrib & isyak berjemaah lepas tu dinner kat rumah famili angkat. Seterusnya tengok persembahan nasyid dari penduduk, qasidah dari pelajar UIA, dan persembahan istimewa dari adik-adik cilik anak penduduk. Comel!!  Sempena malam kesenian ada tayangan video dari pelajar UIA. Bersurai dan rehat.


     Macam biasa qiam dan aktiviti sukan untuk kami. Sarapan kat rumah famili. Dah siap makan baru nampak batang hidung DSLR. Dgr kata dia stay up smlm utk siapkan video tayangan. Lepas makan muslimin ada halaqah kat sungai dan muslimat ada aktiviti kewanitaan kat dewan komuniti. Aku ambil kesempatan merempit dengan motor sekeliling kampung. Memang best. Jalan pun mencabar. Teringin juga tengok motor ustaz Hafiz memang sesuai dengan keadaan jalan kat kampung tu. Selesai semua aktiviti tu berkumpul balik kat dewan komuniti untuk penyampaian hadiah. Kami kerumah famili untuk pertemuan terakhir dan sempat merakam gambar sebagai kenang-kenangan.
     Akhirnya pertemuan di dewan komuniti untuk kata-kata terakhir. Ada juga bacaan puisi daripada amek angkat aku. Bersalam salaman untuk kali terakhir. Part ni aku rasa sedih. Entah bila boleh jumpa lagi. Masing-masing bersurai dan tunggu untuk diangkut menggunakan pacuan empat roda ke jalan utama. Yang penting dapat hadiah daripada famili angkat. J

     Pada orang lain peristiwa ni biasa-biasa saja tapi pada aku ini adalah pengalaman yang paling berharga.