Sunday 18 December 2016

Nyanyian sunyi

Aku pun sudah lupa bila kali terakhir berhujung minggu. Menikmati waktu rehat dengan sebenar-benar rehat.

Ya, aku silap.
Rehat sebenanrnya di syurga kelak. Itu pun kalau layak.

Hujung bulan November sampai sekarang jadual aku agak padat. 8am-5pm waktu kerja hakiki dan selepas tu berlari kehulu-kehilir menguruskan apa yang patut.

Program, overtime, jumpa penyumbang.

Kadang-kadang bila rasa terlalu letih, aku hampir putus asa. Nak berhenti buat semua ni. Duduk dan habiskan saja duit gaji dengan hiburan.

Bila teringatkan sahabat-sahabat di belantara, anak-anak yang tak beribu dan berbapa, manusia tanpa kediaman takkan aku nak hidup pentingkan diri sendiri.

Perasaan periit awal-awal permulaan dulu pun masih terasa.

Aku harap tuhan masih ada belas. Pinjamkan aku sedikit kekuatan untuk terus bertahan.

Kau anak abah.
Kau kena kuat. 😢

Tuesday 15 November 2016

Monday 17 October 2016

Strangers

Seseorang yang tidak dikenali menegur ku lewat salah satu aplikasi sosial.

Kau tahu apa dia kata?

Dia kagum dengan aku. Dengan kehidupan hari-hariku. Dengan segala aktiviti yang aku jalani. Dengan pergaulanku.

MasyaAllah.

Tanpa berfikir panjang terus aku menyemak kembali status-status lama yang telah di muat naik. Termalu sendiri. Ketidakmatangan yang terserlah zaman jahiliah dulu.

Katanya mahu berkawan denganku. Mahu kenal lebih akrab. Seperti sahabat. Dia harap aku dapat jadi sahabat terbaik untuknya.

Ya Allah.

Kalau tengah berdiri, pasti aku jatuh terduduk. Sungguh Tuhan menutup aib-aib ku.

Kau tahu apa jadi?

Hari ini aku gelisah. Kelakuanku terbatas. Aku takut terlebih tindakan yang menampakkan sisi burukku.

Aku tidak seperti selalu. Takut dengan setiap gerakku. Aku tak bebas.

Tuhan.

Versi apakah ujianMu untukku ini. 😢

Tuesday 20 September 2016

Kalau mampu buat sendirian, aku akan buat.

Tapi sebab dah tahu tak mampu, aku perlukan kamu semua.

Down

Entah lah.
Aku sendiri tak boleh lari daripada perasaan kecewa.

Rupanya susah nak cari yang betul-betul faham dan ada jiwa kesukarelawan.

Ya.
Ini pasukan amatur. Tak dikenali ramai. Buat apa pun tak dikenali media.

Kalau itu semua punca semangat tak muncul. Sah masalah tu puncanya daripada niat.

Saturday 20 August 2016

Lelaki kacak bukan fiksi

1st impression bila tengok gambar seorang lelaki ni, serius sangat kacak.

Kemas berkemeja warna merah jambu, berkaca mata hitam. Rambut berminyak tersisir rapi. Membawa imej seorang lelaki berkerjaya bagus.

Sememangnya lelaki kacak tadi memiliki kerjaya yang bagus, gaji yang lumayan dan gaya hidup mewah. Di tambah dengan perwatakan yang menarik menyempurnakan imej seorang lelaki kacak dambaan setiap wanita.

Itu cerita beberapa tahun lepas sebelum aku bertemu lelaki kacak itu. Lelaki kacak yang dulunya kacak sudah bertukar menjadi lelaki biasa dengan status yang baru. Lelaki biasa ini sudah tiada kerjaya yang bagus, tiada gaji yang lumayan, hanya menjalani hidup hari-hari sebagai lelaki biasa.

Tapi syukurlah, saat kemewahan meninggalkan si lelaki biasa. Masih ada wanita besi yang kekal di belakang beliau. Lelaki biasa juga punya sebatang tongkat, pelengkap imej baru beliau sebagai seorang oku.

Beliau teringat lagi saat hari terakhir sebagai lelaki kacak. Beliau hanya menjalani hari-hari biasa di pejabat dengan rutin biasa sebagai lelaki kacak yang bekerjaya. Tanpa lansung terdetik dalam hati, hari esok beliau akan berubah 180○ menjadi lelaki biasa. Bukan sekadar lelaki biasa yang biasa-biasa. Tetapi lelaki biasa tanpa pancaindera.

Aku tak tahu, sebanyak mana kekuatan yang diperlukan lelaki biasa itu untuk bangkit dari kejatuhan sebagai lelaki kacak lalu menjadi seperti lelaki biasa yang aku jumpa buat pertama kalinya.

Lelaki biasa inilah yang mengajarkan aku erti cukup.

Monday 15 August 2016

Doa pelacur

Teringat peristiwa beberapa tahun lepas di lorong gelap. Dipeluk seorang pekerja sosial. (Baca : pelacur)

" cari suami yang baik,
  cari suami yang baik".

Dua kali auntie mengulang ayat yang sama kepada  kami. 

Sejak hari itu aku percaya, perkahwinan itu bukan seperti yang di tayang dalam drama. Penyelesaian dan penamat kepada sesuatu kemelut.

Tetapi suatu permulaan fasa baru, yang kau tidak tahu pengakhirannya.

#jejakkupukupumalam

Sunday 7 August 2016

Batu

Kakak,
Harap kau kuat seperti batu di tepian sungai.

Lalu arus deras,
Tak jauh kau terganjak.

Di pukul rintikan hujan,
Tak mudah kau koyak.

Ketahuilah kakak,
Aku selalu ada untukmu.



:'( kakak harus kuat.

ILY

I'm fall in love
with
Your
Smell,
&
Taste,

Saturday 6 August 2016

Nah bahu.

Kakak,
Harus ingat kamu ada lantai untuk bersujud.

Dan..

Jangan lupa.
Tuhan ada kirimkan bahu untuk kamu.

:'( saya sentiasa ada untuk kakak.

Friday 5 August 2016

Kawan Baru

Aku akan tolong kau kawan.
Kau tak perlu tahu.

Asalkan
Kau maju.

Friday 29 July 2016

K.T.B

Kau tahu?

Yang bikin aku bahagia.

Hanya dengan kamu
Diriku bahagia.

Saturday 21 May 2016

Kawan aku Bipolar

Senang betul kau marah.
Tapi aku tak pernah kisah.

Sebab...

Kita kan kawan!.

Kau cepat marah & kau cepat sejuk.
Tapi aku tetap tak kisah.

Kita kan kawan!




Kawan,
Macam-macam cerita tak masuk akal yag kau dengar, tapi kau tetap tadahkan telinga.

Aku senang bila kau kutuk-kutuk aku. Sebab aku tahu, marah kau, kutuk kau tiada berdendam.

Kau sentiasa ada bila diperlukan.

Rindu,
Pada bahu yang kau selalu pinjam kan dulu.

Kau tahu,
Bila 'down', aku tak boleh lari kau. Sekasar-kasar kau yang mampu mengelus lembut hati aku. Kata-kata kau kesat, tapi berguna bagi aku.

Kawan,
Jangan pernah jemu mendengar cerita-cerita aneh aku.

#KawankuBipolar

Monday 16 May 2016

...

Rindu nenek.  :(

Buka peti teringat nenek.
Buka toilet teringat nenek.
Makan teringat nenek.

Wednesday 16 March 2016

Dosa

Aku buat salah pagi tadi.
Dan aku cuma sedar itu salah.

Seperti biasa awal pagi pergi bekerja.
Semua benda tak menjadi.

Benda remeh, masalah kecil.
Tapi perasaan aku 'down' sangat.
Kecewa. Marah.

Tuhan..
Aku berdosa.

Ampuni aku.
TeguranMu cukup menyiksa perasaan ku.
Jangan Kau tinggalkan aku lagi.

Tuesday 16 February 2016

Orang Gagah

Harap Tuhan makbulkan doaku.
Untuk menjadi orang gagah.

Yang gagah menahan kantuknya.
Mengantuk weiii.

Thursday 11 February 2016

Malas

Bukan aku malas kerja.

Dah lama sangat cuti,
sampai rasa sayang nak tinggal rumah.



Writer's Block

Agak lama aku tak menulis blog.

Tapi,
Hampir setiap hari aku akan 'berblogwalking'.

Bila check draft,
banyak juga hasil kerja yang terbengkalai.

Tak ada ilham untuk sambung idea-idea yang dah di muntahkan tu.


Pheeeewww..



Di Sebalik Serban

Aku terlampau suka membaca.
Apa-apa sahaja.
Membaca apa-apa sahaja.

Ya,
Itu sisi positif.

Yang negatifnya,
Bila aku terpemgaruhi dengan isi buku yang tidak sepatutnya.

Tidak adil!!
(Check balik definisi adil)


Bila aku baca kisah yang ditulis Melati Rahim (boleh check previous post), sedikit sebanyak timbul persepsi negatif terhadap pemuda berserban.

(Bukan maksud aku semua yang berserban tu kurang baik akhlaknya, tapi masalah pada diri aku sendiri yang paranoid)

Sebenarnya aku malas nak huraikan apa persepsi negatif aku tu, tapi secara ringkasnya aku fikir bahawa mereka hanya hidup dalam dunia mereka dan berkawan dengan kelompok yang sama saja.

(Ya, aku tahu apa yang aku fikir tu salah sama sekali. Tapi aku tak boleh lari dari untuk tidak terdetik berfikir macam tu. Uwargghh. Dah berbelit ayat)


Kisahnya, 2 3 hari lepas aku hantar kakak ke stesen bas. Dalam keadaan yang acah-acah 'rushing' aku terus parking kereta di kawasan yang tak sepatutnya. Sebab keadaan kat sana agak sibuk dan orang lain pun buat benda yang sama.


Masalah timbul bila aku nak keluar dari kawasan parking tersebut. Serius, terjadi masalah kat situ. Aku rasa itu bukan satu masalah besar, tapi menjadi tontonan orang ramai.

Malu.

Aku perasan masa nak masuk kereta, jiran sebelah ni pemuda berserban dan berpakaian sunnah. (Ya, orang yang aku simpan persepsi negatif pada mereka).

Ego, aku rasa aku boleh selesaikan masalah tu sendiri. Tapi sebenarnya tidak.

Akhirnya, pemuda berserban tadi yang turun dari kereta dan membantu aku sampai selesai masalah.


Senyum,
Terima kasih,
Berlalu pergi.


Yang tu je kot aku mampu buat.


That guy yang tolong, minta maaf untuk persepsi negatif.

Dan,
terima kasih untuk pertolongan.



Orang Batu

Bila aku boleh jadi orang paling peramah dengan 'stranger'.


Tapi..

entah kenapa terlalu susah untuk terima ahli keluarga baru.  ðŸ˜«


Aku boleh duduk bersembang macam dah kenal 10 tahun dengan 'strangers' yang baru kenal 30 minit. Mungkin juga sebab peramah, jadi aku tak ada masalah sangat dengan orang-orang baru kenal. Memang aku sangat suka berkawan.

Tapi,

Setiap kali adik beradik aku bawa bakal ipar duai, aku rasa berat hati. Susah sangat nak terima ahli leluarga baru. Rasa macam kehilangan.


Adik beradik yang sama-sama membesar dulu dirampas orang.



Saiyaaa taaaa kuadddd 😭😭😭😭😭😭😭


Mak pun selalu nasihat, macam mana sekalipun aku kena belajar untuk terima macam mana diorang pun sedang belajar menerima seluruh keluarga kami.

Phewww..

Rasanya aku patut duduk dalam gua, jadi orang batu. Susah sangat nak bertamadun.