Monday 17 October 2016

Strangers

Seseorang yang tidak dikenali menegur ku lewat salah satu aplikasi sosial.

Kau tahu apa dia kata?

Dia kagum dengan aku. Dengan kehidupan hari-hariku. Dengan segala aktiviti yang aku jalani. Dengan pergaulanku.

MasyaAllah.

Tanpa berfikir panjang terus aku menyemak kembali status-status lama yang telah di muat naik. Termalu sendiri. Ketidakmatangan yang terserlah zaman jahiliah dulu.

Katanya mahu berkawan denganku. Mahu kenal lebih akrab. Seperti sahabat. Dia harap aku dapat jadi sahabat terbaik untuknya.

Ya Allah.

Kalau tengah berdiri, pasti aku jatuh terduduk. Sungguh Tuhan menutup aib-aib ku.

Kau tahu apa jadi?

Hari ini aku gelisah. Kelakuanku terbatas. Aku takut terlebih tindakan yang menampakkan sisi burukku.

Aku tidak seperti selalu. Takut dengan setiap gerakku. Aku tak bebas.

Tuhan.

Versi apakah ujianMu untukku ini. 😢