Friday 27 June 2014

Senior



Dekat-dekat nak puasa ni tiba-tiba teringat kisah-kisah lama.
Kisah-kisah zaman jadi budak sekolah dulu.
Teringat juga pada seorang senior aku dulu.

Senior yang agak rapat dengan aku.
Orangnya pandai dan rajin sangat kalau bab belajar ni.
Jarang aku tengok dia santai-santai.

Masa aku tingkatan satu dia dah pun berada di tahun akhir sekolah menengah.
Masih aku ingat bagaimana dia yang terlalu pentingkan belajar sampai satu malam tu kelas 'prep' dibatalkan.
Semua dorm masing-masing akan buat majlis makan malam.
Tapi dia masih lagi ke kelas.
Untuk belajar.

Belum kira lagi tengah malam.
Nak tengok dia tidur pun susah.
Malam-malam selalu juga aku teman dia belajar.
Dia belajar.
Aku tulis puisi.
Akhirnya,
aku tertidur.
Bangun esok pagi tengok dia masih belajar.

Kalau bulan puasa.
Dia selalu ajak aku ke masjid masa asar.
Kami solat kat masjid.
Lepas tu mengaji Al-Quran.
Berlumba nak khatamkan Al-Quran 30juz dalam masa sebulan.
Selalunya,
cukup satu juz aku berhenti.
Gelisah nak ke dewan makan.
Tunggu waktu berbuka.
Tapi dia masih lagi mengaji.

Dia pernah tanya aku,
kalau lepas SPM nak suruh dia sambung belajar dekat mana?
Aku cakap nak suruh dia sambung belajar dekat Australia.
Sebab nanti boleh dia belikan aku kanggaru seekor.
Dia gelak.

Lepas dia SPM,
lansung kami terputus hubungan.
Zaman itu, 
aku masih belajar,
emak tidak benarkan untuk memiliki akaun "facebook".
Aku cuba juga menghubungi dia dengan menggunakan telefon awam.
Nombor telefon rumah dia yang aku ambil dalam majalah sekolah.

Tapi sebelum telefon itu diangkat,
terus aku letak.
Rasa segan.
Kekok juga.

Selepas aku tamat SPM,
Dan dapat tawaran belajar sekaligus tawaran kerja.
Aku buka satu akaun 'facebook'.
Aku cari dia.

Alhamdulillah.
Jumpa pun.
Dia sudah berada di tahun akhir pengajiannya.
Bakal guru.
Rasanya dulu cita-citanya mahu menjadi seorang doktor.
Keputusan SPM juga melayakkan dia mengambil kursus itu.
Tapi,
mungkin saja rezeki dia dengan menjadi seorang pendidik.

Aku cuba menyapa dia di ruangan komentar.
Alhamdulillah.
Mujur dia masih mengingati aku.
Tapi,
entah mengapa aku masih rasa malu dan kekok.
Terus aku hentikan perbualan kami di situ sahaja.

Seringkali juga aku lihat dia 'online'.
Tapi,
seringkali juga rasa malu dan segan itu hadir.
Niat itu hanya mampu aku pendam.

Hari bahagia.
Ya, hari bahagia.
Saat lafaz sakinah dilafazkan.
Hari itu jugalah dia sudah menjadi milik orang lain.
Dia bahagia.
Aku juga tumpang bahagia.

Walau dia sudah berkeluarga sekalipun,
masih aku ingat kisah-kisah kami dulu.
Cerita antara senior dan junior.
Masih aku simpan sebagai memori yang manis.

Semoga ukhwah kami berkekalan hingga syurga.

~moga Allah redha.

No comments: