Tuesday 10 June 2014

Calon

"Dah ada calon ke"?

*angkat kepala dari laptop

"SIapa mak"?

"Kamu la, siapa lagi. Dah ada calon?"


Soalan jenis apakah ini mak.

Allahu, Allahu, Allahuakhbar..

*tarik nafasss, hembuuuussssss..

          "Banyak benda lain lagi nak fikir mak".


Jika diberi soalan add math sekalipun tidak la rasa terbeban sangat berbanding soalan yang mak tanya ni.
Soalan jenis macam ni la yang paling aku lemah nak jawab.

Sahabat-sahabat minta pertolongan untuk carikan calon-calon yang insyaAllah soleh & solehah mungkin aku boleh usahakan tetapi calon untuk diri sendiri agak rumit.


"Kau dah tahun akhir, kerja insyaAllah dalam tangan, hutang belajar pun tak ada. Apa lagi yang kau tunggu? Cari je lah calon".


Acap kali kenyataan ni dilontarkan oleh rakan-rakan sekolah aku dulu. Agaknya dah menjadi adat pelajar tahun akhir untuk mempunyai calon sekurang-kurangnya sebelum tamat belajar.

Jika dahulu ada juga terlintas dalam fikiranku untuk terus sahaja mendirikan rumah tangga memandangkan selepas tamat belajar ruang pekerjaan telah disediakan oleh pihak penaja dan tidak terbeban lagi dengan hutang belajar. Faktor masa & kedewasaan barangkali telah menyedarkan aku bahawa aku juga punyai tugas lain di atas muka bumi.

Aku juga tak mahu hidupku didunia ini sia-sia. Ya, mungkin pada pandangan kasar orang lain dengan punyai kerjaya tetap, hidup selesa di samping keluarga itu suatu kejayaan dalam hidup. 

Apa yang aku maksudkan di sini ialah 'erti hidup pada yang memberi'.
Kejayaan pada diriku sahaja adlah dikira sebagai sia-sia.
Apa yang aku mahu ialah kongsikan apa sahaja manfaat dariku dengan orang lain.


Tidak juga aku menolak jika jodohku datang lebih awal.

Apa yang kupinta kepada Tuhan Maha Kuasa usai solat ialah dikurniakan husnul khatimah kepada kedua ibubapaku serta dikurniakan pasangan yang melengkapi hidupku. Dengan kehadiran 'si dia' juga, usaha aku untuk me'wakaf'kan diri untuk umat tidak terbantut malah lebih mudah jalannya. Moga2 ini juga menjadi saham kami yang boleh dituai di akhirat kelak.

Jika ditanya ciri-ciri pasangan yang kuidamkan ialah 'si dia' yang jujur. Jujur dan telus menegur kesilapanku. Tidak perlu yang alim tapi sekadar cukup solat lima waktu, lancar mengucap dua kalimah syahadah serta sempurna bacaan wajib surah Al-Fatihah.

Jujurnya, jika di tanya apa yang menghalang niatku untuk meneruskan pembinaan Baitul Muslim ini pada waktu sekarang ialah pada pandangan ku ciri-ciri yang di atas itu mungkin boleh dicari. Tetapi si 'dia' yang punyai jiwa & semangat me'wakaf'kan diri untuk ummat ini sukar dicari. Jika kedua2 ciri-ciri ini bergabung ku kira ia adalah pakej yang lengkap bagiku.

Sukarelawan!
Ya, itu cita-citaku.

Kerjaya yang aku ceburi ini juga adalah kerana semangat kesukarelawan yang ada dalam diriku sejak kisah seorang wartwan yang meninggal ketika membuat liputan di Mogadishu dulu. Sejak aku baca kisah beliau di dada akhbar dulu semangat untuk menjadi seorang sukarelawan berkobar-kobar dalam jiwa.

Disebabkan itu, aku takut jika punya pasangan yang tidak punyai semangat kesukarelawan segala cita-cita aku dari dulu akan berhenti sekerat jalan. Apa yang mampu aku pinta ialah berdoa moga dikurniakan yang terbaik oleh Allah swt.

~Moga Allah redha

Aminn..

No comments: