Wednesday 25 February 2015

BIBLIOPHILIA



'Suka baca genre apa?'


Soalan yang kerapkali di tanya apabila berkenalan dengan 'geng reader' baru. Pada aku, soalan tu agak susah untuk di jawab. Sememangnya aku sendiri seorang yang ghairah untuk membaca, akan tetapi selaras dengan peningkatan usia aku tidak meletakkan keistimewaan minat pada mana-mana genre. 

Zaman sekolah dulu aku lebih cenderung dan memilih untuk menfokuskan minat kepada genre sastera terutama karya-karya Faisal Tehrani. Sampaikan ada yang mengatakan aku tersilap memilih aliran sains sebagai pilihan subjek SPM. Semakin mengingkat kedewasaan, terdapat pelbagai jenis bahan bacaan yang telah aku temui. Minat membaca juga makin bercambah. Bertemu dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama, lalu bertukar-tukar bahan bacaan. Mungkin ini antara asbab yang menjadikan aku lebih neutral dalam pemilihan bahan bacaan.

Apa yang penting bagi aku adalah membaca. Buku, majalah, pamplet hatta pokok kayu yang diukir tulisan pasti aku tidak akan melepaskan peluang untuk membaca. lol.

Iqra'! Perkataan pertama yang disampaikan kepada Rasulullah saw ialah Iqra'. yakni bacalah! Bacalah untuk dapatkan ilmu. Bacalah supaya kita faham akan sesuatu. bacalah supaya dengan ilmu yang di baca kita tidak mudah di tipu. bacalah supaya dengan ilmu itu kita boleh sampaikan kepada orang lain pula. Bacalah supayaboleh menyumbang sesuatu. bacalah! Bacalah! Bacalah!

Pendapat peribadi aku sendiri, setiap yang di baca adalah ilmu. Hatta sebesar atom sahaja ilmu yang disampaikan penulis, ilmu tetap ilmu.

“Menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap orang Islam.” (HR Ibnu Majah)

Mungkin buku yang dibaca adalah sama, tetapi apa yang diterima adalah berbeza mengikut keterbukaan pemikiran masing-masing dan gaya kreativiti setiap individu yang membacanya. Bagaimana juga kita menyampaikan hasil bacaan yang kita terima kepada orang lain. Setiap buku yang kita baca hanya akan sekadar menjadi liabiliti sehinggalah kita menukarkannya kepda bentuk manfaat kepada orang lain.

Bacalah meskipun senaskah komik Doraemon, insyaAllah ada manfaat yang di terima. Semuanya bergantung kepada cara kita memahami dan menukarkan kepada bentuk maklumat yang bermanfaat kepada diri serta individu lain.

Wallahualam, moga Allah redha.








**nota kaki ;

Bibliophilia atau bibliophilism ni adalah golongan yang mencintai buku. Boleh jadi dorang suka sesuatu buku disebabkan isi kandungan atau minat membaca. Seorang bibliophilia ni juga tak semestinya seorang pengumpul. (memang aku la tuh).



Friday 13 February 2015

Malu




 malu~






"Perempuan itu aslinya pemalu. malu pada mata, lalu perempuan pejam. Malu pada wajah, lalu perempuan tunduk. Perempuan itu juga sangat malu pada lidah, lalu perempuan itu diam."

-Bahruddin Bekri , Perempuan yang di sayang Tuhan