Friday 27 June 2014

Cuba



Aku dilahirkan berbangsa Melayu.
Beragama Islam.
Sejak dari kecil,
bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan yang sering aku gunakan untuk berkomunikasi.

Aku juga seperti remaja lain.
Mungkin masih remaja.
Atau mungkin layak digelar dewasa.
Ya, seperti remaja lain.
Terikut-ikut dengan 'trend' zaman sekarang.
Yang entah dari mana asal usul.

Mula berbicara dengan bahasa rojak.

Jadi,
aku mencuba.
Mencuba untuk kembali kepada yang asal.
Bicara menggunakan bahasa melayu yan betul.
Tatabahasa yang betul.

Pada kiraan aku,
bahasa yang digunakan oleh siri kartun animasi Shin Chan,
adalah lebih bagus bahasa melayunya.

Jika orang Jepun bangga dengan bahasanya.
Lalu kita,
masih terkial-kial berkomunikasi dengan 'broken english'.
Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk memartabatkan bahasa ibunda kita.

Mungkin sahaja,
kandungan blog aku ini menjadi bahan lawak.
Kerana penggunaan bahasa yang di melayukan.
Sekurang-kurangnya,
aku mencuba untuk kemblali menulis dengan bahasa Melayu.

Sehingga kini aku mencuba.
Walaupun dilahirkan Melayu,
bahasa Melayu tetap subjek yang susah untuk aku kuasai.

Masih mencuba.
Dan terus mencuba.

~moga Allah redha.

No comments: