Friday 27 June 2014

Cuba



Aku dilahirkan berbangsa Melayu.
Beragama Islam.
Sejak dari kecil,
bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan yang sering aku gunakan untuk berkomunikasi.

Aku juga seperti remaja lain.
Mungkin masih remaja.
Atau mungkin layak digelar dewasa.
Ya, seperti remaja lain.
Terikut-ikut dengan 'trend' zaman sekarang.
Yang entah dari mana asal usul.

Mula berbicara dengan bahasa rojak.

Jadi,
aku mencuba.
Mencuba untuk kembali kepada yang asal.
Bicara menggunakan bahasa melayu yan betul.
Tatabahasa yang betul.

Pada kiraan aku,
bahasa yang digunakan oleh siri kartun animasi Shin Chan,
adalah lebih bagus bahasa melayunya.

Jika orang Jepun bangga dengan bahasanya.
Lalu kita,
masih terkial-kial berkomunikasi dengan 'broken english'.
Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk memartabatkan bahasa ibunda kita.

Mungkin sahaja,
kandungan blog aku ini menjadi bahan lawak.
Kerana penggunaan bahasa yang di melayukan.
Sekurang-kurangnya,
aku mencuba untuk kemblali menulis dengan bahasa Melayu.

Sehingga kini aku mencuba.
Walaupun dilahirkan Melayu,
bahasa Melayu tetap subjek yang susah untuk aku kuasai.

Masih mencuba.
Dan terus mencuba.

~moga Allah redha.

Senior



Dekat-dekat nak puasa ni tiba-tiba teringat kisah-kisah lama.
Kisah-kisah zaman jadi budak sekolah dulu.
Teringat juga pada seorang senior aku dulu.

Senior yang agak rapat dengan aku.
Orangnya pandai dan rajin sangat kalau bab belajar ni.
Jarang aku tengok dia santai-santai.

Masa aku tingkatan satu dia dah pun berada di tahun akhir sekolah menengah.
Masih aku ingat bagaimana dia yang terlalu pentingkan belajar sampai satu malam tu kelas 'prep' dibatalkan.
Semua dorm masing-masing akan buat majlis makan malam.
Tapi dia masih lagi ke kelas.
Untuk belajar.

Belum kira lagi tengah malam.
Nak tengok dia tidur pun susah.
Malam-malam selalu juga aku teman dia belajar.
Dia belajar.
Aku tulis puisi.
Akhirnya,
aku tertidur.
Bangun esok pagi tengok dia masih belajar.

Kalau bulan puasa.
Dia selalu ajak aku ke masjid masa asar.
Kami solat kat masjid.
Lepas tu mengaji Al-Quran.
Berlumba nak khatamkan Al-Quran 30juz dalam masa sebulan.
Selalunya,
cukup satu juz aku berhenti.
Gelisah nak ke dewan makan.
Tunggu waktu berbuka.
Tapi dia masih lagi mengaji.

Dia pernah tanya aku,
kalau lepas SPM nak suruh dia sambung belajar dekat mana?
Aku cakap nak suruh dia sambung belajar dekat Australia.
Sebab nanti boleh dia belikan aku kanggaru seekor.
Dia gelak.

Lepas dia SPM,
lansung kami terputus hubungan.
Zaman itu, 
aku masih belajar,
emak tidak benarkan untuk memiliki akaun "facebook".
Aku cuba juga menghubungi dia dengan menggunakan telefon awam.
Nombor telefon rumah dia yang aku ambil dalam majalah sekolah.

Tapi sebelum telefon itu diangkat,
terus aku letak.
Rasa segan.
Kekok juga.

Selepas aku tamat SPM,
Dan dapat tawaran belajar sekaligus tawaran kerja.
Aku buka satu akaun 'facebook'.
Aku cari dia.

Alhamdulillah.
Jumpa pun.
Dia sudah berada di tahun akhir pengajiannya.
Bakal guru.
Rasanya dulu cita-citanya mahu menjadi seorang doktor.
Keputusan SPM juga melayakkan dia mengambil kursus itu.
Tapi,
mungkin saja rezeki dia dengan menjadi seorang pendidik.

Aku cuba menyapa dia di ruangan komentar.
Alhamdulillah.
Mujur dia masih mengingati aku.
Tapi,
entah mengapa aku masih rasa malu dan kekok.
Terus aku hentikan perbualan kami di situ sahaja.

Seringkali juga aku lihat dia 'online'.
Tapi,
seringkali juga rasa malu dan segan itu hadir.
Niat itu hanya mampu aku pendam.

Hari bahagia.
Ya, hari bahagia.
Saat lafaz sakinah dilafazkan.
Hari itu jugalah dia sudah menjadi milik orang lain.
Dia bahagia.
Aku juga tumpang bahagia.

Walau dia sudah berkeluarga sekalipun,
masih aku ingat kisah-kisah kami dulu.
Cerita antara senior dan junior.
Masih aku simpan sebagai memori yang manis.

Semoga ukhwah kami berkekalan hingga syurga.

~moga Allah redha.

Monday 23 June 2014

Nah!!

Reading is not harmful. There’s no such thing as harmful knowledge. This thing is only going to make you a better person.


**kata-kata seorang homeless

Saturday 14 June 2014

Cuti Semester

Cuti semester.

Ada yang ikut suami,
ada yang balik kolej,
yang berangkat ke asrama,
yang tengah gigih bekerja.

Tinggal la aku yang cuti sem ni,
terkontang-kanting kat rumah.

Nasib baik abah dengan emak ada.

Gigih nak ulas buku.
Habiskan buku-buku yang tak khatam lagi.

Mengadap mukabuku,
burung biru,
blog,
instagram,
whatsapp,
wechat.
Sosial sungguh.

Pengisian aku di cuti semester.

Kata emak




Mak pernah kata,

“Charity begins at home”

Dalam hati aku kata,

“Wah, mak speaking London”.

Aku memang suka mengusik mak.
Panggil mak ustazah kalau mak mula bagi tazkirah.
Mak selalu ingatkan aku yang seringkali lalai.

Bila mak timbulkan isu “charity begins at home”,
Aku mula terfikir,
Bagaimana yang di definisikan dengan frasa itu?

Bermula ceritanya malam tadi.
Seusainya aku berwuduk untuk tidur, kelihatan mak muntah-muntah.
Dalam fikiran, aku sempat terbayang dapat adik lagi.

Eh, mengarut.
 Mana mungkin usia mak dapat mengandung lagi.

Terus aku mendekati mak & cuba memberikan pertolongan setakat yang termampu.
Diagnosis aku, mungkin mak mengalami ‘food allergic’.
Keadaan mak begitu lemah. Dehydrated.
Tenaga pun tiada.

Segera aku kejutkan abah yang sedang tidur.
Abah bingkas bangun dan terus menerpa emak.
Terharu aku melihat layanan abah pada mak.
Sangat caring.

Lalu abah ke dapur mencari air kelapa dan limau untuk merawat mak.
Malam tu aku berjaga untuk menjaga mak.

Lantas aku teringat kata-kata yang diungkapkan mak tidak lama dulu.

“Charity begins at home”.

Sebelum ini pernah aku menemani rakanku yang sakit di hospital.
Sambil aku terbayang dan memasang impian untuk berbuat perkara yang sama kepada kedua ibubapaku.
Alhamdulillah,Allah telah mengurniakan kesihatan yang baik untuk mereka.
Tapi malam tadi aku berpeluang merealisasikan impianku itu.
Berjaga malam demi merawat emak yang sakit.

Dan sekarang,
Barulah aku memahami definisi sebenar yang emak cuba sampaikan.
“Charity begins at home”.

Terima kasih emak kerana berusaha untuk mendewasakan pemikiranku.

Ya Allah Tuhan sekalian alam,

‘Haramkanlah wajah kedua ibubapaku dari disambar api neraka, kurniakanlah mereka syurga tanpa hisab”. Aminn.


~Moga Allah redha.

Wednesday 11 June 2014

Ponteng

Ponteng.



Perkara yang memang dah sebati dengan hidup aku.
Tapi matlamat aku, walaupun ponteng tapi sekurang-kurangnya ada sesuatu hasil yang aku dapat.
Bukan sia-sia.

Ponteng yang aku maksudkan bukan dalam kategori lari dari tugas sepatutnya untuk berjimba-jimba, tetapi menghilangkan diri seketika untuk mencuri peluang.

Ponteng jenis ini seringkali aku praktikkan semasa klinikal.
Tercampak dalam suatu kumpulan yang besar semasa berpraktikum mendesak aku untuk melakukan aktiviti ‘ponteng’ secara individu ini.
Niatku hanyalah untuk mencari peluang yang lebih baik dan memanfatkan waktu semasa klinikal.

Ingat dulu semasa klinikal di hospital bahagia di mana kami seramai 12 orang dalam satu kumpulan ditempatkan di dalam satu wad. Sebagai kaum jantina minoriti dalam kelas, keadaan tu membuatkan aku sedikit rimas.
Memberikan sedikit tekanan.
Bagaimana proses pembelajaran boleh berlansung dengan sempurna dalam keadaan yang kurang selesa.
Pasti sukar untuk ‘clinical instructor’ memberi perhatian dan menyampaikan input penting secara berkesan kepada semua.
Lalu aku bertindak nekad untuk ‘ponteng’.

Hari pertama aku sudah merancang strategi dengan melakukan tinjauan ke seluruh kawasan.
Yess. Port sudah dikenalpasti.

Hari kedua aku mula bergerak ke ‘port’ atau wad sebelah.
Gementar.
Bagaimana penerimaan mereka terhadap kedatanganku.

Niat aku hanya untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh.
Hati kering.
Malu, takut, gementar aku tolak tepi.
Muka tanpa perasaan.

Mujurlah kedatangan aku disambut baik.
Alhamdulillah.

Sepanjang sesi klinikal aku di sana, hanya waktu pagi sahaja aku tunjuk muka pada penyelia yang mengendalikan kami. Waktu selebihnya aku curi-curi ke ‘port’ biasa.
Aktiviti ni aku lakukan seorang diri.
Lebih mudah.
Penyelia di ‘port’ tu memang sporting.
Fokus dia hanya mengajar aku seorang.
Segala ilmu dan skill yang ada diperturunkan kepadaku.

Hasilnya,
Sebelum ini aku hanya seorang pelajar biasa yang baru memulakan sesi klinikal.
Tiada ilmu.
Tiada skill.
Tiada keyakinan diri.

Kini,
Lebih berani,
Berhati kering,
Berkeyakinan.

Tamat klinikal di tempat tersebut. Aku masih dengan aktiviti ‘ponteng’ secara solo.
Walau di mana sahaja aku dicampak untuk sesi klinikal.

Matlamat aku Cuma,
Hati mesti kering,
Berani terima risiko,
Pastikan tiada kerugian sedikit pun,
Malah lebih dari orang lain.

Ponteng.
Bukan untuk keseronokan.
Tapi untuk mencuri peluang.


~Moga Allah redha.

Tuesday 10 June 2014

Calon

"Dah ada calon ke"?

*angkat kepala dari laptop

"SIapa mak"?

"Kamu la, siapa lagi. Dah ada calon?"


Soalan jenis apakah ini mak.

Allahu, Allahu, Allahuakhbar..

*tarik nafasss, hembuuuussssss..

          "Banyak benda lain lagi nak fikir mak".


Jika diberi soalan add math sekalipun tidak la rasa terbeban sangat berbanding soalan yang mak tanya ni.
Soalan jenis macam ni la yang paling aku lemah nak jawab.

Sahabat-sahabat minta pertolongan untuk carikan calon-calon yang insyaAllah soleh & solehah mungkin aku boleh usahakan tetapi calon untuk diri sendiri agak rumit.


"Kau dah tahun akhir, kerja insyaAllah dalam tangan, hutang belajar pun tak ada. Apa lagi yang kau tunggu? Cari je lah calon".


Acap kali kenyataan ni dilontarkan oleh rakan-rakan sekolah aku dulu. Agaknya dah menjadi adat pelajar tahun akhir untuk mempunyai calon sekurang-kurangnya sebelum tamat belajar.

Jika dahulu ada juga terlintas dalam fikiranku untuk terus sahaja mendirikan rumah tangga memandangkan selepas tamat belajar ruang pekerjaan telah disediakan oleh pihak penaja dan tidak terbeban lagi dengan hutang belajar. Faktor masa & kedewasaan barangkali telah menyedarkan aku bahawa aku juga punyai tugas lain di atas muka bumi.

Aku juga tak mahu hidupku didunia ini sia-sia. Ya, mungkin pada pandangan kasar orang lain dengan punyai kerjaya tetap, hidup selesa di samping keluarga itu suatu kejayaan dalam hidup. 

Apa yang aku maksudkan di sini ialah 'erti hidup pada yang memberi'.
Kejayaan pada diriku sahaja adlah dikira sebagai sia-sia.
Apa yang aku mahu ialah kongsikan apa sahaja manfaat dariku dengan orang lain.


Tidak juga aku menolak jika jodohku datang lebih awal.

Apa yang kupinta kepada Tuhan Maha Kuasa usai solat ialah dikurniakan husnul khatimah kepada kedua ibubapaku serta dikurniakan pasangan yang melengkapi hidupku. Dengan kehadiran 'si dia' juga, usaha aku untuk me'wakaf'kan diri untuk umat tidak terbantut malah lebih mudah jalannya. Moga2 ini juga menjadi saham kami yang boleh dituai di akhirat kelak.

Jika ditanya ciri-ciri pasangan yang kuidamkan ialah 'si dia' yang jujur. Jujur dan telus menegur kesilapanku. Tidak perlu yang alim tapi sekadar cukup solat lima waktu, lancar mengucap dua kalimah syahadah serta sempurna bacaan wajib surah Al-Fatihah.

Jujurnya, jika di tanya apa yang menghalang niatku untuk meneruskan pembinaan Baitul Muslim ini pada waktu sekarang ialah pada pandangan ku ciri-ciri yang di atas itu mungkin boleh dicari. Tetapi si 'dia' yang punyai jiwa & semangat me'wakaf'kan diri untuk ummat ini sukar dicari. Jika kedua2 ciri-ciri ini bergabung ku kira ia adalah pakej yang lengkap bagiku.

Sukarelawan!
Ya, itu cita-citaku.

Kerjaya yang aku ceburi ini juga adalah kerana semangat kesukarelawan yang ada dalam diriku sejak kisah seorang wartwan yang meninggal ketika membuat liputan di Mogadishu dulu. Sejak aku baca kisah beliau di dada akhbar dulu semangat untuk menjadi seorang sukarelawan berkobar-kobar dalam jiwa.

Disebabkan itu, aku takut jika punya pasangan yang tidak punyai semangat kesukarelawan segala cita-cita aku dari dulu akan berhenti sekerat jalan. Apa yang mampu aku pinta ialah berdoa moga dikurniakan yang terbaik oleh Allah swt.

~Moga Allah redha

Aminn..

Saturday 7 June 2014

BALING BELAKANG

#THROWBACK


*tengok belakang

Tak ada apa yang menarik.
Mencabar?
Semua tu dah laluikan?

JAdi,
kenapa aku kena "recall' balik benda-benda yang dah lepas.

Hentikan!!
Jangan nak kusutkan fikiran sangat.

Tengok depan.

*angkat muka tengok depan

Entah.
Blur..

Yes,
Blur.

So, sila 'explore'.
Mungkin lebih mencabar.
Lebih menarik.
Mungkin pelbagai dugaan yang bakal dihadapi.
Masa depan yang samar-samar.

Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung” (Al Imran – 200)

Janji Allah itu pasti.
Percaya kepada Qada & Qadar Allah.

Sungguh pun jalan hidup telah diatur sejak azali lg,
tidakkah kalian teringin mengutip pengalaman-pengalaman yang boleh jadi dalam bentuk sesuatu memori yang indah.
Dari berterusan duduk goyang kaki dan menanti.
Pasrah tanpa usaha.

Jom!

*bingkas bangun

Keluar dari zon selesa.
Beranikan diri.
Hadapi cabaran bukan lari.
Kita bukan ditakdirkan untuk menjadi pengecut.

Dari air mani,
kita terbukti antara sperma-sperma yang terpilih.
Hero.
Bertuah dari sperma yang lain,
barangkali.
Bukan dari sperma lemah,
tempang,
lembap
barangkali.

Entah...


Tak Tipu

Sungguh bukan niat aku nak menipu. Bukan juga niat aku nak orang tertipu dengan imejku. Bukan sekali malah berkali-kali dan juga kerap kali orang seperti menganggap aku seperti malaikat.

Aku bukan malaikat seperti yang mereka sangkakan. Aku hanya hamba yang hina. Ya, hina!

Aku tidak lari dari melakukan dosa. Sungguhpun aku tahu itu satu dosa tapi terkadang aku terlanjur mengulanginya lagi. Sungguh hina kelakuan ini.

Seringkali mereka menganggap aku punyai ilmu tinggi, kelakuan yang baik, serta maksum daripada melakukan dosa. Tidak sedarkah mereka aku hanya insan biasa. 

Imej yang aku bawa sekarang adalah kerana mahu mendidik jiwaku. Usahaku untuk kearah yang lebih baik. Aku tidak mahu lagi hanya berada di takuk lama. Dengan karat jahiliah.

Hidupku kosong. 
Jika berterusan aku masih berada di zon selesa ini, mungkin jiwaku akan mati.
Jadi salahkah aku menjauhkan diri dari karat jahiliah.
Mungkin dari mata nafsu seperti syurga dunia.
Cukup selesa.

Hanya mampu aku pohon dari kalian.
Doakan aku.
Doakan ibubapaku.
Doakan saudara2 seislamku.
Doa yang terbaik untuk kami.
Doa moga beroleh husnul khatimah.

Sungguh,
aku sayang kalian kerana Allah.
Ayuh berpimpinan tangan ke syurga.
Sama-sama mengejar redha Allah.
Sama-sama tinggalkan saki baki jahiliyah.
Jangan berterusan membuatkan aku rasa seperti menipu kalian.

~moga Allah redha



Friday 6 June 2014

malass...

Entah.
Malas.
Malas nak cakap apa.
Sebab malas.



Nah,
untuk anda!!

At time of solitary,
This heart shall let out,
A cry that is not heard,
By anything or anyone,

It continues weeping,
Till blood run dry,
Ever regretting the past,
The past beyond grasp,

In this very silent night,
I stand solemnly alone,
Under the full moon,
Gazing the far off sky.


written by,
~Elyasha Badely~

Poem dari penulis amatur tapi menarik.
Malas nak ulas. 

Assalamualaikum,
jaga diri, jaga pandangan, jaga iman.

Cacat Tapi Indah



LESUNG PIPIT adalah kecacatan pada otot zygomaticus di bahagian pipi, iaitu ia pendek dari normal. Namun ternyata ia satu ‘kecacatan yang indah' .

Ternyata hebat kuasa Allah, kecacatan itu pun satu keindahan.


Nah, halwa mata. Nak letak gambar Wawa Zainal tapi takut jadi fitnah. Gambar baby pun boleh.

TITIK.


When you're standing in the middle of a storm, it's hard to see. Most of all it's hard to see one simple truth: no storm lasts forever. This too shall pass.


~YASMIN MOGAHED~

Wanita Cendawan


" ma ajmalannisa'fi too a'til Khaliq"


alangkah indahnya wanita yg mentaati penciptaNya.



wanita pelik
wanita aneh
wanita cendawan


Biar apa pun gelaran untuk mu,
teruskan berjalan ke hadapan Muslimah.
Jangan mudah mengalah,
jangan mudah goyah.
Teruskan secara istiqamah.

Jangan biarkan dirimu dibunuh pencuri2 impian.
Kerana apa mereka mencuri impian mu?
Kerana meraka tidak pernah berjaya melakukannya.

Thursday 5 June 2014

Kangen Syurga!!


Ramai diantara kita yang mendapat hidayah dan terus berubah. Namun sedikit sahaja yang mampu bertahan dan beristiqamah.

Sungguh, aku kangen syurga!!




**Al-kahfi jom

Review Ulu Yam di Livepool

Nah, untuk anda!!


Tajuk :Ulu Yam di Liverpool
Penulis: Nazali Noor
Muka surat: 496

“Because they have said that i couldn’t have it. They have said that i can’t do it and they have said i am not realistic”.
They? Who are they? ‘They’ adalah mereka ‘Pencuri Impian”. Berhati-hatilah dengan pencuri impian kerana mereka adalah org yg sntiasa mmandang rendah pada kebolehan kita. Insan2 yg sentiasa memandang sinis atas segala usaha kita utk mperbaiki diri, segala usaha kita utk mcipta peluang demi memperbaiki keadaan diri tidak kira dari segi ekonomi, spiritual atau sebagainya.
Pencuri Impian org yg sntiasa menghalang usaha2 hijrah kita krn mereka tidak pernah berjaya melakukannya. Pencuri-pncuri impin yg sntiasa memandang sebelah mata kebolehan anda. Sering menyindir dan memandang sinis setiap usaha baik anda. Tujuan supaya anda jatuh & x bangkit2 lg. Jadi, knp cepat mengalah/ positifkan diri dan pandang terus kehadapan.
Untuk menjadi insan luar biasa, kita kena fikir cara luar biasa. Kita kena buat perkara luar biasa, perkara yg org biasa xbuat. “think outside the box”.
Kisah benar dari seorang budak Ulu Yam dengan result SPM yg biasa2 dan trauma dgn subjek matematik kini megah mencipta nama di Liverpool. Berjaya merealisasikan impian kanak-kanak pada usia 35 tahun. Kisah beliau yg berkongsi emosi tatkala merasai indahnya menjejakkan kaki buat pertma kalinya ke Anfield . sama2 menyanyi lagu keramat Y.N.W.A di kop stand.
Zaman remajanya penuh warna warni dengan pelbagai cerita yg dikongsi krn dia bknlah drpd pelajar bijak bestari. Layak ke university dengan keputusan cukup2 mkn ttp mpunyai personaliti ceria yg mberi keyakinan kpd diri. Bagaimana beliau mempertaruhkan hidup dengan keluar dari zon selesa dari selama-lamanya menjadi hamster yg berputar laju diatas roda.
Kisah yg banyak memberi inspirasi dan membuatkan pembaca percaya setiap orang mempunyai personaliti yg berbeza. Dengan personaliti tersebut setiap orang blh bangkit utk berjaya bkn sekadar otak penuh teori akademik sahaja. Kisah yg banyak menyedarkan tanggungjawab kepada kedua ibubapa.
Kisah yg menyedarkan diri ini bahawa hidup ini terlalu singkat untuk menjadi insan yg biasa2 sj. Insan biasa yg dmaksudkan bkn mbandingkan diri dgn org lain tp membandingkan diri dgn keupayaan sndriri. Kita xmungkin mengubah sejarah hidup tp kita mampu berubah melakar sejarah akan dtg jika titik ini kita mulakan langkahan kita.
Bina & kejarlah impian. Jangan menyerah! Krn mungkin destinasi itu sudah begitu hamper utk direlitikan. Kita akan sentiasa jalan beriringan. Walk on walk on. With hope in our heart. You will never walk alone!! WE care, we share.