Friday 12 December 2014

Sibuk..

Semua mengaku diri sibuk.
Sibuk atau buat-buat sibuk.
x malu kah mengaku diri sibuk?
Sedangkan definisi sibuk entah xtahu.

Ulasan buku Cantuman Mimpi


Tajuk : Cantuman Mimpi
Penulis : Penulis-penulis Muda Legasi Oakheart
Penerbit : ITBM
M/surat ; 475 m/s


     Antologi yang ditulis sekumpulan penulis muda dari legasi Oakhert mempunyai kelainan tersendiri dengan mengangkat nilai- nilai penulisan sastera. Seperti yang dinyatakan S.M Zakir, di mana zaman ini zaman anak-anak muda menjadikan penulisan sebagai saluran eskapisme liar dan peluahan perasaan yang cemar oleh tulisan-tulisan semi-porno, sifar nilai dan sifar etika. Hal ini mengundang rasa kagum terhadap penulis-penulis muda yang berjuang mengangkat dan membina kerangka moral serta nilai yang asas pada diri anak muda, sekaligus menyanggah eskapisme liar anak-anak muda yang tidak menemukan intipati agama dan moral dalam matlamat hidup mereka melalui penulisan.

     Melalui naskah ini, pembaca bukan sahaja duduk dan membaca akan tetapi turut sama-sama merasai pengalaman kumpulan penulis tersebut semasa proses menyiapkan karya ini. Setiap cerpen akan diberi penerangan tentang cara kewujudan idea, proses dan kesukaran yang dialami penulis semasa menyiapkan karya. Cantuman mimpi tidak sahaja menyajikan cerpen malah turut diselitkan dengan penulisan skrip pendek. Oleh sebab saya kurang meminati penulisan skrip pendek, agak sukar untuk menghadam jalan cerita akan tetapi di bantu dengan perjalanan cerpen yang sedikit sebanyak menyamai jalan cerita skrip.
Salah satu cerpen yang menarik perhatian saya sebagai pembaca adalah ’Cerita seorang saudagar dan kain-kainnya’ yang mudah untuk dihadam dan difahami mesej yang disampaikan penulis. Selain itu, cerpen yang mengangkat mesej sikap masyarakat yang mudah lupa sejarah serta berlagak pandai hakikatnya dungu disampaikan secara kreatif dengan menampilkan watak bawang putih, bawang merah dan seisi keturunan bawang. Cerpen ’Bawang-bawang’ ini ditulis oleh Sayyidah Muizzah.

     Di samping itu, karya Shamsul Amin dirasakan amat dekat dengan kehidupan golongan pelajar tidak kira yang menuntut di sekolah atau institut pengajian tinggi. Bagaimana seorang yang antisistem mengikuti sistem yang digunapakai. Melalui cerpen ini juga, saya membayangkan seolah-olah kembali ke zaman persekolahan yang penuh nostalgia. Antara cerpen yang saya tertanya-tanya samada kisah benar atau rekaan semata-mata adalah karya Muzammil Rahim iaitu ’Zabdan’. Saya mula meletakkan diri dalam situasi yang di imiginasikan penulis ketika membaca cerpen ini.


     Bagi cerpen yang dikarang Sanisha Bogaraja, ’Fantasi Duniaku’ membuatkan saya terfikir alangkah baiknya jika drama pendek adaptasi daripada cerpen ini diwujudkan. Jalan cerita yang menarik dan tidak jemu untuk dibaca. Bagi cerpen-cerpen lain, setiap yang disampaikan dapat diterima dan dihadam dengan baik. Setiap penulis cuba menyampaikan mesej tersendiri dengan cara kreatif masing-masing. Harapan saya agar kemunculan kumpulan penulis muda legasi Oakheart ini dapat menarik ramai lagi penulis-penulis lain menghasilkan karya yang bermutu serta menjadi antitesis kepada golongan yang menjadikan penulisan saluran eskapisme liar.


*4/5 bintang

Ulasan buku Kemenangan yang Tertangguh


TAJUK : Kemenangan yang Tertangguh
Penulis : Hasbie Muda
M/Surat : 145


“Ubah atau Rebah”.

        Buku ini mempersembahkan analisis keputusan PRU13 secara makro serta secara micro iaitu rumusan umum bagi trend pengundian mengikut kaum dan geografi pengundi di samping menyentuh secara khusus pada beberapa kerusi tumpuan dan tokoh tertentu. PRU13 bukan hanya penentu survival parti-parti bertanding malahan ia juga menentukan kelansungan politik beberapa ahli politik tersohor. Selain itu, buku ini juga merakam kembali isu-isu yang paling hangat dimainkan sepanjang tempoh berkempen. Beberapa isu berbangkit juga diperincikan dengan harapan Pakatan Rakyat dapat mengambil langkah memperbaiki.
Paling mustahak, dalam setiap analisis yang dibuat penulis mengusulkan beberapa cadangan bagi menjana kemenangan dalam PRU akan datang. Pakatan Rakyat khususnya Parti Islam Semalaysia (PAS) selaku parti tunjang Melayu Islam perlu mengakui kelemahan yang masih membelenggu . Kelemahan perlu di atasi segera agar pahit jadam kekalahan tidak lagi terpaksa ditelan.

      Dalam naskah ini juga penulis telah mengulas mengenai topik menarik seperti isu Kalimah Allah dalam injil bahasa melayu, soros, krisis matawang 1997 dan dan skandal BNM 1992. Tidak kurang juga dengan isu royalti petroleum dan jasa Tun Dr Mahathir. Pada awalan bab juga penulis banyak bermain dengan angka statistik. Angka-angka tersebut dihurai dengan cara yang mudah difahami. Setiap fakta yang dikemukakan akan akan diberi penerangan dengan jelas. Saya kira naskah ini bersifat neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.


*4 bintang utk buku ini