Sunday 3 September 2017

Kek Look Tong

Perkenalan dengan Tuan Lee (pewaris generasi ke-5 Tokong Loong Thon Ngam) membawa kepada kunjungan ke Tokong Kek Look Tong yang bertapak di daerah Gunung Rapat. Antara tokong batu kapur yang menjadi tarikan pengunjung di Ipoh.

Telah dibuka seawal tahun 1920 an. Antara keistimewaan Kek Look Tong berbanding tokong batu kapur yang lain adalah kewujudan taman rekreasi di dalam gua. Keindahan lanskap, binaan kolam teratai dan miniature yang membawa pelbagai makna di sepanjang laluan pejalan kaki.

Seusai menjejakkan kaki ke dalam gua, dapat dirasakan tiupan angin yang agak kuat tetapi dingin. (Tudung terbang fefeeling macam retis kot 😅) Kalau dongak di atas kepala akan terlihat formasi geologi serta formasi batuan di lantai yang mengambil masa bertahun lama untuk terbentuk secara semulajadi.

Bahagian tengah gua juga merupakan tempat upacara ibadat bagi pengganut Buddha. Sebelum ke bahagian tengah gua, kalian perlu mendaki berpuluh anak tangga. Jangan risau, udara yang dingin sedikit pun tidak mendatangkan rasa letih 😝..

Jika ke sayap kanan gua, terdapat satu sudut yang mempunyai pencahayaan yang bagus terhasil daripada pantulan cahaya daripada kristal pada dinding gua. Pencahayaan yang bagus akan membuatkan keyakinan diri meningkat tanpa sebarang filter. Yakinlah kalian sememangnya cantik daripada kecil 😝..

Cukuplah setakat itu saja penerangan berkaitan tokong gua batu kapur Kek Lok Tong. Musim raya ni malas nak tulis panjang-panjang.

Sukacita di ingatkan lagi, kunjungan ke tempat ini hanyalah sebagai lawatan bagi menikmati keindahan ciptaan Tuhan, InsyaAllah sedikit pun tidak menjejas akidah. Harus kalian ingat warna kulit, bahasa, bangsa mahupun perbezaan akidah bukanlah benteng penghalang kerana kita masih bersaudara daripada sudut kemanusiaan.

No comments: