Friday 12 December 2014

Ulasan buku Kemenangan yang Tertangguh


TAJUK : Kemenangan yang Tertangguh
Penulis : Hasbie Muda
M/Surat : 145


“Ubah atau Rebah”.

        Buku ini mempersembahkan analisis keputusan PRU13 secara makro serta secara micro iaitu rumusan umum bagi trend pengundian mengikut kaum dan geografi pengundi di samping menyentuh secara khusus pada beberapa kerusi tumpuan dan tokoh tertentu. PRU13 bukan hanya penentu survival parti-parti bertanding malahan ia juga menentukan kelansungan politik beberapa ahli politik tersohor. Selain itu, buku ini juga merakam kembali isu-isu yang paling hangat dimainkan sepanjang tempoh berkempen. Beberapa isu berbangkit juga diperincikan dengan harapan Pakatan Rakyat dapat mengambil langkah memperbaiki.
Paling mustahak, dalam setiap analisis yang dibuat penulis mengusulkan beberapa cadangan bagi menjana kemenangan dalam PRU akan datang. Pakatan Rakyat khususnya Parti Islam Semalaysia (PAS) selaku parti tunjang Melayu Islam perlu mengakui kelemahan yang masih membelenggu . Kelemahan perlu di atasi segera agar pahit jadam kekalahan tidak lagi terpaksa ditelan.

      Dalam naskah ini juga penulis telah mengulas mengenai topik menarik seperti isu Kalimah Allah dalam injil bahasa melayu, soros, krisis matawang 1997 dan dan skandal BNM 1992. Tidak kurang juga dengan isu royalti petroleum dan jasa Tun Dr Mahathir. Pada awalan bab juga penulis banyak bermain dengan angka statistik. Angka-angka tersebut dihurai dengan cara yang mudah difahami. Setiap fakta yang dikemukakan akan akan diberi penerangan dengan jelas. Saya kira naskah ini bersifat neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.


*4 bintang utk buku ini

No comments: