Thursday, 13 June 2019

Renjuna




Teluk Renjuna antara pulau kecil yang terbentuk di delta sungai Kelantan. Beberapa kali disebut Ezzmer dalam perbualan kami di toko Kitartb beberapa tahun lepas.
Dah teringin sangat nak pergi, raya ni baru sempat ke sana. Lepas buat beberapa perbandingan, kami buat keputusan untuk naik bot penambang dari Kuala Besar. Tambang sehala ke mana-mana pulau lebih kurang Rm 1 atau Rm 2 sahaja.



Berjaya nego dengan Abe Nuar salah seorang pengemudi bot penambang untuk bawa kami mengelilingi kesemua pulau melalui jalan air. Habis mengelilingi ke semua pulau melalui jalan air, Abe Nuar tinggalkan kami di Teluk Renjuna dan carikan basikal untuk mengelilingi pulau melalui jalan darat pula. Abe Nuar perlu pulang ke Kuala Besar, menunggu anak-anak pulau yang bersekolah di tanah besar untuk pulang.

Mula berkayuh dari Teluk Renjuna melepasi jambatan ke beberapa pulau lain hinggalah ke Pulau Suri mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Sesekali kami berhenti bersembang dengan penduduk dan mengeteh di kedai kopi.
Pulau Teluk Renjuna
Pulau Suri
Pulau Gorek
Pulau Beluru
Pulau Besar
Pulau Seratus
Pulau Gagak
Pulau Tongkang
Pulau Haji Nik Mat
Pulau Ali
Pulau Cendur
Pantai Kuda

26 buah pulau yang terbentuk di delta sungai Kelantan, hanya 13 pulau yang berpenghuni.


Pulau ini bukan tempat pelancongan, istimewanya bila kami rasa seperti pulang ke kampung sendiri. Rumah rapat ke tebing sungai, jalan kecil di kiri kanan hutan, angin dingin dan kupu-kupu yang menemani kami sepanjang kayuhan. Beberapa kali Atikah suarakan untuk tinggal terus di sini.

Rata-rata penduduk menjana ekonomi dengan menjadi nelayan, sebahagian kecil mengusahakan perniagaan berasaskan kelapa yang akan dihantar ke tanah besar. Golongan veteran lebih selesa dengan mengembala kambing dan lembu.

Kata Afnan pemuda yang kami temui di pulau sementara menunggu Abe Nuar datang kembali,

' anok mudo ghama hok tubek gi luar kijo buruh, ado hok gi kijo pulau lain tempat pelanconge'.
Afnan antara pemuda yang memilih untuk kekal di pulau. Memanfaatkan tanah dan kelebihannya sebagai anak pulau. Sebati dengan gaya tradisional, kekal tenang dari pembangunan.

Oh ya, Afnan ada sediakan kemudahan tapak perkhemahan dan penempatan sementara kepada yang teringin menginap di pulau.

Wednesday, 1 November 2017

Lari #Padang2

Malam tadi tidur tak lena.
Bermimpi perkara yang sepatutnya aku lupakan dan tinggal di Malaysia.

Kenapa harus ikut bersama ke Padang...

Bangun paginya masih melekat mimpi dalam kepala. Harapnya  dengan berbaki 3 hari lagi.

Dapat pulang ke Malaysia dengan kehidupan baru.

25 Oktober 2017,
Padang, Indonesia.

Lari #Padang1

Hari ke-3 di Padang.

Bermakna hari ke-3 juga telah putus hubungan sementara dengan semua yang ada di Malaysia.

Harapnya, pulang ini dapat mulakan hidup baru. Lupakan segalanya.

24 Oktober 2017,
Paya Kumbuh, Indonesia.

Lari #Padang5

Masih di lapangan terbang Minangkabau. Menanti waktu untuk berlepas.

7 hari tanpa khabar berita tentang Malaysia, menjadikan aku rindu.

Rindu suara mak, rindu wassap daripada Abah. 😢

Kini pulang dengan jiwa baru. Nafas baru.

Lari #Padang4

Yearhhh...

Pulang.

28 Oktober 2017
Minangkabau Airport, Indonesia.

Lari #Padang3

Hampir 6 hari di Padang.

Lepas subuh turun ikut MokDang ke sawah. Mengayuh basikal sejauh 5 km merentasi desa dan perbatasan sawah padi.

Tenang..

Saujana mata memandang, sawah padi kehijauan terbentang luas. Berbual dengan MokDang tentang pelbagai perkara. Bahasa tak merencatkan perbualan kami.

6 hari jauh dari Malaysia membuahkan rindu. 😢



27 Oktober 2017,
PayaKumbuh.

Cari diri

Kebetulan ketika aku hampir tewas berperang dengan jiwa, ada kawan ajak ke Padang.

Tanpa fikir panjang, aku harus keluar dari kehidupan biasa seketika.

Lari.

Lari dan cari kehidupan lain sementara. Pulang ketika semuanya sudah tenang.

Sebetulnya bukan lari, tapi muhasabah diri. Cari diri sebetulnya.

Harapnya aku berjaya dalam proses mencari diri. Paling tidak, dapat lupakan apa yang tak perlu lagi diingati. Tinggalkan yang lama dan bina kehidupan baru.

Padang,

Tunggu aku datang. Bantu aku cari diri ini.

Arghhh

Benci bila terpaksa melawan konflik dalam diri. Membenci orang tanpa sebab.

Paranoid tak tentu masa. Sampai rasa tak ada orang baik dalam dunia.

Benci dengan diri sendiri. Kenapa perlu ada konflik begini.

Sunday, 3 September 2017

Kek Look Tong

Perkenalan dengan Tuan Lee (pewaris generasi ke-5 Tokong Loong Thon Ngam) membawa kepada kunjungan ke Tokong Kek Look Tong yang bertapak di daerah Gunung Rapat. Antara tokong batu kapur yang menjadi tarikan pengunjung di Ipoh.

Telah dibuka seawal tahun 1920 an. Antara keistimewaan Kek Look Tong berbanding tokong batu kapur yang lain adalah kewujudan taman rekreasi di dalam gua. Keindahan lanskap, binaan kolam teratai dan miniature yang membawa pelbagai makna di sepanjang laluan pejalan kaki.

Seusai menjejakkan kaki ke dalam gua, dapat dirasakan tiupan angin yang agak kuat tetapi dingin. (Tudung terbang fefeeling macam retis kot 😅) Kalau dongak di atas kepala akan terlihat formasi geologi serta formasi batuan di lantai yang mengambil masa bertahun lama untuk terbentuk secara semulajadi.

Bahagian tengah gua juga merupakan tempat upacara ibadat bagi pengganut Buddha. Sebelum ke bahagian tengah gua, kalian perlu mendaki berpuluh anak tangga. Jangan risau, udara yang dingin sedikit pun tidak mendatangkan rasa letih 😝..

Jika ke sayap kanan gua, terdapat satu sudut yang mempunyai pencahayaan yang bagus terhasil daripada pantulan cahaya daripada kristal pada dinding gua. Pencahayaan yang bagus akan membuatkan keyakinan diri meningkat tanpa sebarang filter. Yakinlah kalian sememangnya cantik daripada kecil 😝..

Cukuplah setakat itu saja penerangan berkaitan tokong gua batu kapur Kek Lok Tong. Musim raya ni malas nak tulis panjang-panjang.

Sukacita di ingatkan lagi, kunjungan ke tempat ini hanyalah sebagai lawatan bagi menikmati keindahan ciptaan Tuhan, InsyaAllah sedikit pun tidak menjejas akidah. Harus kalian ingat warna kulit, bahasa, bangsa mahupun perbezaan akidah bukanlah benteng penghalang kerana kita masih bersaudara daripada sudut kemanusiaan.

Friday, 1 September 2017

Cukil Kayu

"Tengok garisan ni. Ini perjalanan hidup kau, kau kena lalui dengan jiwa. Jadi ukir dengan jiwa".   -Athifi,2017

Dah lama kawan aku offer untuk mengajar seni cukil kayu ni, tapi tu lah masa tak mengizinkan. Kali ini dia buka kelas percuma, rugi besar kalau tak join. Kau datang bawa diri, pen cukil dan papan dah disediakan. Kalau nak cetak pada baju, cuma perlu bawa baju.


**Demi anak belantara, anak-anak tak beribu tak berbapa, anak-anak yang ditindas, dan bakal anak-anak, perempuan ini sedang mempersiapkan diri dengan ilmu serta pelbagai kemahiran untuk kalian. 🙂

#mirrorimage. #cukilkayu

Wednesday, 2 August 2017

Jelik

Bukan takut jatuh cinta,
Cuma takut ketemu manusia sejenis kamu.

Pandai bermain kata,
Menabur janji.

Tapi,
Itu semua sekadar permainan kata.
Tak pernah kamu mahu kota.

Bukan benci kamu,
Jelik dengan sikap mu.

Friday, 30 June 2017

Patah hati?

Sebenarnya, aku pun tak suka perasaan ini.

Rasa kosong, sedih barangkali atau kesunyian.

Atau mungkin patah hati.

Dalam kegembiraan boleh menjengah sejenis perasaan begini.

Buntu..

Wednesday, 15 March 2017

Wednesday, 11 January 2017

Hidup Baru

Aku baru lepas "deactive" facebook. Komputer riba pun dah ada.

Harapnya lepas ni tak ada alasan untuk selesaikan pembacaan dan fokus tulis ulasan buku. 😅

Monday, 9 January 2017

Komputer Riba

Beberapa tahun jugalah aku tak guna komputer riba lepas tamat belajar.

Komputer riba dulu kerap rosak. Lepas kali terakhir rosak, terus aku biarkan macam tu tanpa baiki.

Tanpa komputer riba ni susah juga sebenarnya. Susah nak update blog, buat kerja selain kerja pejabat, menulis dan ....

Kadang-kadang aku terpaksa tunggu lepas habis waktu pejabat untuk uruskan kertas kerja projek dan segala macam kerja lain.  Masa mula-mula masuk kerja aku ada dapat komputer riba sendiri untuk memudahkan urusan kerja, tapi itulah tak seronok pulak nak guna untuk benda lain.

2 hari lepas aku buat tempahan pembelian komputer riba, semalam terus sampai kat rumah mak aku. Masih dalam mood bercuti lagi, komputer riba tu aku biar tersadai dalam beg dulu. Nanti dah habis cuti baru nak godek-godek.

Harap lepas ni tak ada alasan lagi untuk aku malas menulis. 😅

Sunday, 18 December 2016

Nyanyian sunyi

Aku pun sudah lupa bila kali terakhir berhujung minggu. Menikmati waktu rehat dengan sebenar-benar rehat.

Ya, aku silap.
Rehat sebenanrnya di syurga kelak. Itu pun kalau layak.

Hujung bulan November sampai sekarang jadual aku agak padat. 8am-5pm waktu kerja hakiki dan selepas tu berlari kehulu-kehilir menguruskan apa yang patut.

Program, overtime, jumpa penyumbang.

Kadang-kadang bila rasa terlalu letih, aku hampir putus asa. Nak berhenti buat semua ni. Duduk dan habiskan saja duit gaji dengan hiburan.

Bila teringatkan sahabat-sahabat di belantara, anak-anak yang tak beribu dan berbapa, manusia tanpa kediaman takkan aku nak hidup pentingkan diri sendiri.

Perasaan periit awal-awal permulaan dulu pun masih terasa.

Aku harap tuhan masih ada belas. Pinjamkan aku sedikit kekuatan untuk terus bertahan.

Kau anak abah.
Kau kena kuat. 😢