Friday, 30 June 2017

Patah hati?

Sebenarnya, aku pun tak suka perasaan ini.

Rasa kosong, sedih barangkali atau kesunyian.

Atau mungkin patah hati.

Dalam kegembiraan boleh menjengah sejenis perasaan begini.

Buntu..

Wednesday, 15 March 2017

Wednesday, 11 January 2017

Hidup Baru

Aku baru lepas "deactive" facebook. Komputer riba pun dah ada.

Harapnya lepas ni tak ada alasan untuk selesaikan pembacaan dan fokus tulis ulasan buku. 😅

Monday, 9 January 2017

Komputer Riba

Beberapa tahun jugalah aku tak guna komputer riba lepas tamat belajar.

Komputer riba dulu kerap rosak. Lepas kali terakhir rosak, terus aku biarkan macam tu tanpa baiki.

Tanpa komputer riba ni susah juga sebenarnya. Susah nak update blog, buat kerja selain kerja pejabat, menulis dan ....

Kadang-kadang aku terpaksa tunggu lepas habis waktu pejabat untuk uruskan kertas kerja projek dan segala macam kerja lain.  Masa mula-mula masuk kerja aku ada dapat komputer riba sendiri untuk memudahkan urusan kerja, tapi itulah tak seronok pulak nak guna untuk benda lain.

2 hari lepas aku buat tempahan pembelian komputer riba, semalam terus sampai kat rumah mak aku. Masih dalam mood bercuti lagi, komputer riba tu aku biar tersadai dalam beg dulu. Nanti dah habis cuti baru nak godek-godek.

Harap lepas ni tak ada alasan lagi untuk aku malas menulis. 😅

Sunday, 18 December 2016

Nyanyian sunyi

Aku pun sudah lupa bila kali terakhir berhujung minggu. Menikmati waktu rehat dengan sebenar-benar rehat.

Ya, aku silap.
Rehat sebenanrnya di syurga kelak. Itu pun kalau layak.

Hujung bulan November sampai sekarang jadual aku agak padat. 8am-5pm waktu kerja hakiki dan selepas tu berlari kehulu-kehilir menguruskan apa yang patut.

Program, overtime, jumpa penyumbang.

Kadang-kadang bila rasa terlalu letih, aku hampir putus asa. Nak berhenti buat semua ni. Duduk dan habiskan saja duit gaji dengan hiburan.

Bila teringatkan sahabat-sahabat di belantara, anak-anak yang tak beribu dan berbapa, manusia tanpa kediaman takkan aku nak hidup pentingkan diri sendiri.

Perasaan periit awal-awal permulaan dulu pun masih terasa.

Aku harap tuhan masih ada belas. Pinjamkan aku sedikit kekuatan untuk terus bertahan.

Kau anak abah.
Kau kena kuat. 😢

Tuesday, 15 November 2016

Monday, 17 October 2016

Strangers

Seseorang yang tidak dikenali menegur ku lewat salah satu aplikasi sosial.

Kau tahu apa dia kata?

Dia kagum dengan aku. Dengan kehidupan hari-hariku. Dengan segala aktiviti yang aku jalani. Dengan pergaulanku.

MasyaAllah.

Tanpa berfikir panjang terus aku menyemak kembali status-status lama yang telah di muat naik. Termalu sendiri. Ketidakmatangan yang terserlah zaman jahiliah dulu.

Katanya mahu berkawan denganku. Mahu kenal lebih akrab. Seperti sahabat. Dia harap aku dapat jadi sahabat terbaik untuknya.

Ya Allah.

Kalau tengah berdiri, pasti aku jatuh terduduk. Sungguh Tuhan menutup aib-aib ku.

Kau tahu apa jadi?

Hari ini aku gelisah. Kelakuanku terbatas. Aku takut terlebih tindakan yang menampakkan sisi burukku.

Aku tidak seperti selalu. Takut dengan setiap gerakku. Aku tak bebas.

Tuhan.

Versi apakah ujianMu untukku ini. 😢

Tuesday, 20 September 2016

Kalau mampu buat sendirian, aku akan buat.

Tapi sebab dah tahu tak mampu, aku perlukan kamu semua.

Down

Entah lah.
Aku sendiri tak boleh lari daripada perasaan kecewa.

Rupanya susah nak cari yang betul-betul faham dan ada jiwa kesukarelawan.

Ya.
Ini pasukan amatur. Tak dikenali ramai. Buat apa pun tak dikenali media.

Kalau itu semua punca semangat tak muncul. Sah masalah tu puncanya daripada niat.

Saturday, 20 August 2016

Lelaki kacak bukan fiksi

1st impression bila tengok gambar seorang lelaki ni, serius sangat kacak.

Kemas berkemeja warna merah jambu, berkaca mata hitam. Rambut berminyak tersisir rapi. Membawa imej seorang lelaki berkerjaya bagus.

Sememangnya lelaki kacak tadi memiliki kerjaya yang bagus, gaji yang lumayan dan gaya hidup mewah. Di tambah dengan perwatakan yang menarik menyempurnakan imej seorang lelaki kacak dambaan setiap wanita.

Itu cerita beberapa tahun lepas sebelum aku bertemu lelaki kacak itu. Lelaki kacak yang dulunya kacak sudah bertukar menjadi lelaki biasa dengan status yang baru. Lelaki biasa ini sudah tiada kerjaya yang bagus, tiada gaji yang lumayan, hanya menjalani hidup hari-hari sebagai lelaki biasa.

Tapi syukurlah, saat kemewahan meninggalkan si lelaki biasa. Masih ada wanita besi yang kekal di belakang beliau. Lelaki biasa juga punya sebatang tongkat, pelengkap imej baru beliau sebagai seorang oku.

Beliau teringat lagi saat hari terakhir sebagai lelaki kacak. Beliau hanya menjalani hari-hari biasa di pejabat dengan rutin biasa sebagai lelaki kacak yang bekerjaya. Tanpa lansung terdetik dalam hati, hari esok beliau akan berubah 180○ menjadi lelaki biasa. Bukan sekadar lelaki biasa yang biasa-biasa. Tetapi lelaki biasa tanpa pancaindera.

Aku tak tahu, sebanyak mana kekuatan yang diperlukan lelaki biasa itu untuk bangkit dari kejatuhan sebagai lelaki kacak lalu menjadi seperti lelaki biasa yang aku jumpa buat pertama kalinya.

Lelaki biasa inilah yang mengajarkan aku erti cukup.

Monday, 15 August 2016

Doa pelacur

Teringat peristiwa beberapa tahun lepas di lorong gelap. Dipeluk seorang pekerja sosial. (Baca : pelacur)

" cari suami yang baik,
  cari suami yang baik".

Dua kali auntie mengulang ayat yang sama kepada  kami. 

Sejak hari itu aku percaya, perkahwinan itu bukan seperti yang di tayang dalam drama. Penyelesaian dan penamat kepada sesuatu kemelut.

Tetapi suatu permulaan fasa baru, yang kau tidak tahu pengakhirannya.

#jejakkupukupumalam

Sunday, 7 August 2016

Batu

Kakak,
Harap kau kuat seperti batu di tepian sungai.

Lalu arus deras,
Tak jauh kau terganjak.

Di pukul rintikan hujan,
Tak mudah kau koyak.

Ketahuilah kakak,
Aku selalu ada untukmu.



:'( kakak harus kuat.

ILY

I'm fall in love
with
Your
Smell,
&
Taste,

Saturday, 6 August 2016

Nah bahu.

Kakak,
Harus ingat kamu ada lantai untuk bersujud.

Dan..

Jangan lupa.
Tuhan ada kirimkan bahu untuk kamu.

:'( saya sentiasa ada untuk kakak.

Friday, 5 August 2016

Kawan Baru

Aku akan tolong kau kawan.
Kau tak perlu tahu.

Asalkan
Kau maju.

Friday, 29 July 2016

K.T.B

Kau tahu?

Yang bikin aku bahagia.

Hanya dengan kamu
Diriku bahagia.

Saturday, 21 May 2016

Kawan aku Bipolar

Senang betul kau marah.
Tapi aku tak pernah kisah.

Sebab...

Kita kan kawan!.

Kau cepat marah & kau cepat sejuk.
Tapi aku tetap tak kisah.

Kita kan kawan!




Kawan,
Macam-macam cerita tak masuk akal yag kau dengar, tapi kau tetap tadahkan telinga.

Aku senang bila kau kutuk-kutuk aku. Sebab aku tahu, marah kau, kutuk kau tiada berdendam.

Kau sentiasa ada bila diperlukan.

Rindu,
Pada bahu yang kau selalu pinjam kan dulu.

Kau tahu,
Bila 'down', aku tak boleh lari kau. Sekasar-kasar kau yang mampu mengelus lembut hati aku. Kata-kata kau kesat, tapi berguna bagi aku.

Kawan,
Jangan pernah jemu mendengar cerita-cerita aneh aku.

#KawankuBipolar